Thursday, November 27, 2014

taman hati

abah aku pernah cerita masa dia jadi cikgu sekolah pokok sena dulu adala murid murid dia yang nakal dan tak berapa pandai dalam pelajaran. duduk pulak di kelas yang bawah-bawah. selalu kena marah dgn abah aku. tapi masa abah aku sakit suatu ketika dulu dan tak pergi sekolah beberapa hari, budak-budak ni la jugak yang datang melawat dia. siap bawak buah. jauh tu datang dari pokok sena. sekolah rendah pulak tu kan. kalau aku memang aku terharu.

aku teringat cerita ni bukan apa. aku nak cerita pasal Harith. Harith ni dia lah yang nakal, dialah yang paling kuat main dan liat nak belajar. selalu ja kena marah dgn aku. selalu ja kena hukum dgn dad dia. annoying pun ada jugak dia ni. suka kacau orang ja kerja dia. suka bagi orang marah. kakak dia pun selalu geram tahap dewa dgn dia. tipu tipu sunat ni mmg selalu lah kantoi dgn aku. bukan susah nak tau budak kecik tipu kita. dari air muka dan gerak badan dah tau. homework belum siap cakap dah siap, tak gosok gigi cakap dah gosok..benda benda gitulah. tapi tipu ringan-ringan ni kalau terbiasa pun boleh jadi serius kot kan. tu yg aku geram tu.

tapi dalam kenalakan dia tu, dia ni mcm pengarang jantung aku kot. stok pandai ambik hati ni...hahaha!

ingat jasmine pernah ke buatkan aku breakfast or air kalau aku tak suruh? never! tapi harith...once in a while dia datang bawak dua gelas air. satu utk dia satu utk aku. pernah sekali jugak aku nampak masa breakfast, dia buatkan roti untuk kakak dia...terkesima aku dibuatnya..haha! semalam aku nampak dia dok potong roti perancis. aku tak kisahla. ingat dia lapar kan. so i just biar dia buat sendiri dan aku masuk bilik nak tidurkan hannah. pastu harith masuk bilik dan bukak lampu. aku baru je nak marah sbb dia bukak lampu, bila aku ternampak dia bawak dua keping roti yang disapu nutella. dia buat untuk aku :) aku pun bangun, duduk depan makan roti dgn dia. Hannah pun tak jadi tidur.

walaupun dia nakal but he's a sweet boy and very sensitive boy jugak. kalau aku cakap dia buat aku marah and i don't want to talk to him or when i say God is angry at him because he makes me angry, nanti slowly dia akan datang peluk aku and say sorry to me :)

aku dok tengok ramai orang suka tulis "dalam hati ada taman". maybe mcm tu lah budak bernama Harith ni.

3 comments:

Easy Read said...

sweetnya

DeLinn said...

:-)

aku tingat anak buah aku dik an. sama la gaya mcm harith tu. sweet.

bat said...

ermm dia ne samala like baby Q... pandai sangat amik hati aku.. tu yg aku selalu gaks cair hiks... oohh n she loves to hugging.. esp bila minta maaf..