Wednesday, September 24, 2008

Biskut Bunga Cina



So, inilah biskut bunga cina aku.

Nak resepinya? Mudah saja puan-puan.

1 tin/400gm tepung jagung (mak aku cakap pakai tepung jagung tin kaler brown tu. yang ada cap kupukupu tu)

1/2 tin/200gm tepung ubi

1 biji kuning telur

1 tin kecil susu pekat manis jap junjung (susu lain rasa dia lain tau. so disyorkan pakai cap junjung)

6 sudu besar marjerin

ceri untuk hiasan

Kita gaulkan tepung jagung, tepung ubi. Masukkan marjerin. Pastu masukkan telur dan susu. Uli lah pakai tangan jer sampai adunan jadi doh yang lembut. Susu tu tuanglah sikit-sikit. Sebab takut nanti kalau terbanyak susu, doh lembut sangat. Kalau lembut sangat, nak kena tambah tepung. Tapi yang aku buat tu memang ngam2 satu tin kecik lah.
Pastu tekan lah atas tray buat bentuk semperit.

Bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah celcius selama 15 minit. Part ni tricky sikit kan. Kadang-kadang kena 15 minit jer dah masak. Kadang-kadang kena lebih sikit dalam 18 minit mcm tu. Kena selalu-selalu lah jenguk oven tu. Jangan harapkan timer jer. Suhu pun kenalah pandai2 adjust sendiri...plus minus la. But it's just between 150 to 180 degree.

Try to cover the dough. Advisable keluarkan sikit-sikit doh tu sebab kalau lama sgt terdedah, doh menjadi keras dan susah untuk ditekan. Tapi jangan panik kalau doh keras, tambah sedikit lagi marjerin atau pun tambah sedikit lagi susu. Aku tambah susu cair sbb kalau tambah susu pekat takut manis sangat. Jangan tambah banyak. Add around 1 to 2 tbs jer.
mmm apa lagi eh? aku rasa itu je lah cara-cara membuatnya. Pastu letak lah ceri.
Jangan tambah baking powder
yer. Nanti bunga kembang tak cantik.

Maka siap lah biskut yang berasa susu yang sedap dan lemak, cair di dalam mulut.

10 comments:

mak hayams said...

wah chanteqnya Anne..

*nak kena cuba neh*...

Anonymous said...

Salam & Slmt Pagi Anne,

Waalaaaa, nengok gambar nyer pun dah terasa keenakan biskut bunga
cina tu Anne..

Apa2 pun makasih ya berkongsi resepi tu ngan kami...muahmuahhhh

Tak sabar nak mencoba membuatnya malam nanti...hrp2 menjadi lah ekkkk...

Yang Hanum Kesidang

Anne said...

thanks! cuba la Bat.

So Yang Hanum, jadi tak buat semalam?

Iced Nyior said...

anne...i nyer tak jadi :(

http://me.zestful.org/2008/09/baking-kuih-raya/

Mami Jora said...

Mak kmi guna butter...
Mak ang guna majerin.....
Tu x sedap.....
Mak ang sep kos kot.....

Mami Jora said...

Iced Nyior:Tu la...
Bila org ajaq ang jgn dok nganga....
Tu yg x jdi....

Mami Jora said...

Mak Hayams:ni lgi 1....
cuba2 pa tah.....
Buat truz la.....
Cuba ni msti kaki sep kos pnya....

Anonymous said...

mohon izin dicopy dan dicuba resepinya ye,tq

Anonymous said...

mmg best!Resepi tradisi mcm my belated grandmom..:D

Anonymous said...

Dimana boleh saya dapat tepung jagung cap kupu-kupu ini di KL? Mohon bantu.
hp.saya 0123953583