baru-baru ni aku baca pasal somebody ni komen kenapa dalam kad jemputan, mesti letak mak bapak yang menjemput tetamu ke majlis persandingan kita.
tak paham? mcm ni..
Walimatul Urus
Dengan segala hormatnya saya Shahabudin dan isteri Sopiah ingin menjemput
so and so ke majlis persandingan anak kami .......
Padahal majlis tu majlis kita. kenapa pulak mak bapak kita yang jemput kawan-kawan kita datang ke majlis kita? something like that la yang dibahaskannya.
Pada aku pulak, it is the right thing to do. kalau ikut konsep adat melayu dari zaman dulu, majlis kenduri tu mmg dibuat oleh mak bapak. mak bapak yang buat kenduri sbb meraikan anaknya yang baru selamat bernikah. so logikla mak bapak yang menjemput para tetamu datang ke kenduri mereka. sbb itulah dalam kad, letak mcm tu. pengantin sebenarnya tak payah buat apa2 pun. urusan pelamin, baju pengantin, mak andam, bersanding, siapa nak jadi pengapit tu semua mak bapak dan sedara mara terdekat yang uruskan. kita pengantin ni cuma bersanding bodoh dan senyum jer....hahaha! itu ialah cara mak bapak kita meraikan pernikahan kita.
betul tak? korang setuju tak?
aku kesian oooo tengok couple zaman sekarang ni. kesian wei. berapa ramai yang cakap stress nak kawin? ramai kan. sampai bersekang mata di malam kenduri. buat kerja sampai tak tido padahal esoknya nak bersanding. sebab apa depa stress? sbb dorang buat semuanya sendiri. tak nak mak bapak masuk campur. dari hantaran, kad jemputan, pelamin, bunga telur, mak andam, urusan makanan, khemah, semua dorang nak uruskan sendiri. yang setengah tu aku tgk mak bapak pulak tak ambik pot. semua anak yang nak kawin tu yang buat sendiri.
banyakla yang aku tengok, bila aku pergi rumah dorang malam sebelum kenduri, normally pengantin dok pulun siap bilik or buat hantaran, and bukan awal tu...dah lewat tengah malam.
time aku kawin macamana?
mai aku cerita memori aku kawin dulu.
aku tak ambik pot hal para tetamu. semua aku serah kat mak pak aku nak panggil sapa. aku cuma jemput kawan2 rapat saja. baju pengantin, mak aku yang pilih kedai. aku pegi dgn dia pilih baju. aku shopping dgn mak aku cadar dan curtain. aku tak risau hal pelamin. mak aku yang uruskan. last last dia yang buat sendiri pelamin ala kadar yang mcm hutan rimba according to my husband...hahaha! perihal makanan pun aku tak campur. mak pak aku yang urus semua. perbelanjaan pulak. yang tu pun aku tak ambik pot langsung! aku rasa aku keluar duit untuk beli cadar, curtain bilik dan bahan-bahan bunga telur ja kot. parents aku bukanlah kaya. tentulah depa pakai duit hantaran yang husband aku bagi tu. mmg aku tak ambik duit hantaran tu. mak aku bagi seribu ja kat aku from duit hantaran tu. tu pun aku tak mintak. depa yang ikhlas nak bagi.
Aku pun tak terfikir siapa yang nak jadi pengapit aku. sapa2 nak volunteer silakan lah. cousin aku yang terpilih jadi pengapit on the spot. tak payah nak pening2 fikir pengapit nak pakai baju apa semua. masa kat singapore pulak Mak Teh aku yang jadi pengapit. hmm...video man pun bapak aku jugak yang carik. aku pun tak terfikir nak cari videoman ni semua. hairan jugak apasal aku tak ambik pot pun kat ni semua eh. ntah eh. lupalah. Kompang pun bapak aku yang carikan sbb aku pernah kata aku wish ada kompang masa kenduri aku nanti. nampak sangat yang ini memang majlis dorang, bukan majlis aku. majlis mereka meraikan pernikahan anak mereka. Aku sangat menghargainya.
Aku puas hati dan gembira dgn majlis yang seadanya yang mak bapak aku raikan untuk aku. tak ada aku wish yang lebih daripada tu.
Jadi memang patutlah kad jemputan kawin, letak nama mak bapak yang menjemput. bukan pengantin sendiri yang jemput. itu namanya syok sendiri. aku jemput korang tengok aku bersanding...hehe. ada ke logik? ye lah. mmg la logik. tak salah pun jemput sendiri. tapi kalau ikut adat original majlis tu sebenarnya majlis mak bapak yang meraikan anak dorang. itu yang originalnya.
Aku sangat bersyukur kerana datang dari ibu bapa yang prihatin, penyayang, mengambil berat hal anak-anak walaupun anak-anak dah besar dan tak lupa juga arwah datuk dan nenek yang sama juga penyayang dan prihatin.
Aku rasa beruntung, arwah tok masih hidup dan masih sihat masa aku kawin dulu. kalau tak ada dia, kenduri tak meriah. dialah yang tolong mak aku uruskan hal2 masak, dia yang sediakan kain-kain buruk untuk dipakai dibahagian dapur..pendek kata hal-hal dapur dialah yang banyak menolong. masa baru2 tok meninggal dulu memang terasa sangat sunyi dan tak lengkap kenduri kendara bila dia tak da.
sbb tu aku mengaku aku tak berapa cekap kalau nak organize majlis makan besar-besar ni. sbb dah terbiasa mak aku yang buat semua. manja...hahaha!
tapi memang aku tengok banyak pengantin sekarang yang syok sendiri lah. dorang yang sendiri arrange kereta kuda untuk dorang naik. contohlah. itu la maksud aku syok sendiri. peace!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comments:
aku teringat siti nurhaliza, kereta kuda punya plan yang tak jadik.. hehe
Post a Comment