amniotic fluid or dlm bahasa melayu air ketuban aku remain at index 6.6. Doc. cakap not to worry but will monitor every week.
Aku akan bertolak balik kedah 6hb june. Memang last minute betul kali ni. Harap2 sempat sampai sana before bersalin. Sebelum ni aku dok berbelah bagi jugak samada nak bersalin sini or sana. Kalau nak bersalin sini aku tak tau nak bilang apa kat parents aku. Memang pelik aku ni. Tapi memang tulah masalah aku. Tak reti nak habaq cemana kat depa. Tambahan pulak dgn budak2 ni dah sekolah, mcm2 aktiviti depa. Tu yang buat aku payah nak plan bila nak balik kampung. Tu yang buat aku rasa mcm nak bersalin kat spore jer tuh. Ok, lupakan hal tu sbb aku dah pun beli tiket untuk 6hb june. 4 of us will be going back kedah.
Aku dok carik set bersalin mana yang bagus ni. Dok carik bengkung juga nih. Ada satu bengkung ni dijual di bengkungmoden.com nampak mcm sangat mudah untuk dipakai. Tapi harganya sgtlah mahal, RM229. Pastu aku jumpalah lagi bengkung tradisional yang jenis lilit, jenis loop and jenis ikat. Yang tu harga dlm RM35 - 50 jer. Then, tgk set bersalin nona roguy...mahal jugak yang ni, RM360 ke kalau tak silap. Tapi orang cakap bagus produk tu. At last aku settle for amway punya set bersalin. Ada bengkung sekali. Bengkungnya nampak mcm yang jenis loop tu. Satu kedai online ni jual at RM240 with free delivery. Aku baca-baca kat forum, ramai jugak yang kata bagus. So aku try je lah. Ada siapa2 yang pernah try produk ni tak?
Kalau takda masalh kandungan aku ni, aku ingat nak bersalin kat Hospital Sultanah Bahiyah kot. Hospital tu pun dah baru. Wadnya pun dah cantik. Tryla tengok.
Maybe ni update terakhir kot sebelum aku balik. Kalau aku singgah internet cafe mana2 kat kampung tu, aku updatela kalau rajin.
Bye for now. Aku mohon maaf pada kawan2 semua kalau ada tersalah cakap or perbuatan yang mengguris perasaan tanpa aku sedar, ok.
Doa-doakan lah semoga aku selamat melahirkan. Assalamualaikum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

8 comments:
good luck! ENJOY the new baby
Selamat Bersalin,Anne. Selamat bercuti 4 bulan. Kenang daku dalam doa mu ekekekek
thanks guys!!
Selamat Bersalin yg Anne..semoga semuanye berjalan dgn lancar..jgn lupa amik gambar baby...
Limah
Selamat bersalin. semoga dipermudahkan time bersalin. Take care!
selamat bersalin nyah.. maks tlg doa neh..
ko dah bersalin lom?
Tahniah Anne!!! Bestnya tengok baby...
Post a Comment